Tuesday, May 15, 2012

~SELAMAT HARI GURU 2012~


 


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah.. Umurku kian meningkat tatkala kerjaya sebagai bakal guru makin terasa bahangnya.. apa tidaknya.. Hari Guru bakal menjengah tabir di ufuk timur pada pagi dingin 16 Mei saban tahun.. Alhamdulillah.. Sekalung dan tahniah dan ucapan terima kasih saya hulurkan buat sang pendidik yang tidak segan silu dan tanpa jemu mencurahkan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi buat insan ini.. Sehingga diri ini mampu berdiri dan mengenali dunia yang serba fana ini.. buat warga pendidik dan bakal guru di Malaysia.. Lembaran sejarah bakal saya huraikan.. Bermula dari SK Desa Tun Hussein Onn, saya dididik pula oleh tenaga pengajar di SK Pengkalan Tentera.. Saya meneruskan pembelajaran di SK Kompleks Seberang Takir.. Kemudian, saya memasuki alam remaja dan menyambung pengajian di SMK Kompleks Seberang Takir (KOMSTAR) dan SMK Ibrahim Fikri (SEMKIF).. Kini, saya bertapak pula di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.. Ternyata, jasa dan pengorbanan guru-guruku tidak pernah saya lupakan dan sungguh bernilai.. Berkenaan dengan kerjayaku sebagai bakal guru.. Tidak pernahku fikirkan bahawa diri ini bakal mendidik anak-anak Malaysia dalam masa 2 tahun lagi.. Insha Allah.. saya mampu buat yang terbaik dan segala curahan ilmu oleh bekas-bekas murabbi saya akan digunapakai.. Sekaligus, saya berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk membentuk insan-insan berguna kelak.. Jadi, di kesempatan ini.. Saya ucapkan Selamat Hari Guru 2012 dan semoga kita mempertingkatkan segala ilmu dan amalan untuk menjadi contoh kepada anak-anak bangsa pada masa hadapan.. Selamat Hari Guru 2012.. Sekian.. Assalamu'alaikum..

No comments:

Post a Comment