Saturday, June 16, 2012

~Israk Mikraj 27 Rejab 1433H~



Assalamu'alaikum. Kini, saya ingin menceritakan tentang suatu peristiwa yang bersejarah dalam kalendar Islam, iaitu peristiwa Israk Mikraj. Ia berlaku pada 27 rejab, setahun sebelum keberangkatan baginda Rasulullah s.a.w. dari Makkatul Mukarramah ke Madinatul Munawwarah.

Apablia kita bercerita tentang Israk Mikraj, tentu kita secara spontan akan menjawab "Nabi Muhammad s.a.w. jumpa dengan Allah s.w.t.". Ada juga yang menjawab "Rasulullah s.a.w. naik Buraq", "baginda pergi terima wahyu tentang solat 5 waktu sehari semalam". Kesemua jawapan tersebut bertepatan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut. Allah s.w.t. berfirman menerusi surah al-Israk, ayat 1 yang bermaksud "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Pelbagai maklumat yang dapat kita pelajari dan hayati tentang peristiwa ini. Antara sumber internet yang dapat dilayari ialah:


Jelaslah bahawa kita sebagai penganut agama Islam dan pengikut kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. perlu meneladani dan menyedari bahawa kekuasaan Allah adalah segala-galanya. Janganlah pula kita terus hanyut dengan duniawi khayalan kita sendiri tanpa memikirkan apa yang akan berlaku selepas itu. Fikirkan sejenak, kita hanyalah manusia kerdil walau setinggi mana pangkat dan darjat. Segala nikmat yang kita kecapi datang daripada Allah s.w.t. dan merupakan pinjaman dari-Nya. Bila-bila masa sahaja Dia dapat menariknya daripada kita. Jadi, renung-renungkanlah tentang peristiwa yang hanya diingati setiap tahun pada tanggal 27 Rejab ini. Mudah-mudahan kita memperolehi sedikit sebanyak ilmu untuk dipenuhkan di benak fikiran kita. Insha Allah. Wallhu'allam. Assalamu'alaikum..

No comments:

Post a Comment